Kisahnya bermula apabila Monica dan bekas suaminya sedang bercuti bersama dengan anak mereka di Venezuela. Ketika menaiki kereta Toyota Corola di sebuah lebuhraya, tibatiba kereta mereka itu rosak dan mereka tersadai di lebuh raya antara Puerto Cabllo dan Valencia.
Ketika menuggu bantuan dan trak tiba, sekumpulan gang penjenayah merompak mereka. Monica Spear Mootz, suami dan anaknya mengunci pintyu dari dalam namun penjenayah terbabit memecahkan cermin dan menembak mangsa. Mayat keduadua mangsa dijumpai terbaring di dalam kereta dan anak kecil mereka masih hidup dan mengalami kecederaan teruk di kaki.
Monica Spear Mootz telah memenangi gelaran Miss Venezuela pada 2004 dan selepas itu aktif dalam bidang lakonan telenovela. Sebelum kejadian, beliau ada memuatnaik gambar dan video mereka bercuti bersama dengan gembiranya.
loading...
No comments:
Write comments