Monday, 17 October 2016

“Sampai Hati Suami Sanggup ‘Makan Luar’ Ketika Saya Bertarung Nyawa Melahirkan Anak Kami” – Zawiha.

suami-makan-luar-lagi

Kami dah berkahwin 7 tahun, kenal berkawan, bercinta, bertunang, dan berkahwin. Semuanya berjalan dengan lancar. Saya sukakan keluarga dia, orang baik-baik.perkahwinan kami pun berlangsung dengan meriah.

Awal perkahwinan agak susah, ada motor jer kesana sini, jadi kerja pun biasa-biasa ajer. Sebagai seorang yang agak matang, masa tu umo saya 27 tahun, dia pun sama. Saya sudah ada rumah sendiri, rumah itulah saya duduk sendiri.

Kewangan yang tidak stabil, menjadikan saya putus asa, apa lagi saya dah mengandung. Saya buat part time, hasilnya saya beli motor untuk dia bayar muka 1k lebih memandangkan motor dia asik rosak sampai 6 bulan motor hilang, dia nak keje agak susah , saya pulak dah sarat mengandung.
Dengan sedikit simpanan untuk bersalin, saya beli kereta atas nama saya dengan bayar muka RM3500. Sejak tu kehidupan kami agak ok, sampai saya bersalin.

Dua tahun selepas itu, saya mengandung lagi, saya pelik duit asik tak cukup, duit gaji dia entah kemana, duit saya pula dia minta.

Sebagai suami isteri, takder isteri yang berkira saya rasa, sama-sama habis apa yang ada, hubungan makin bermasalah, asik gaduh dan dia asik hilang entah kemana. Malam jer hilang, bila ditanya katanya keje part time, duit tak nampak pun.

Sampai saat bersalin, saya balik kampung, sampai jer di kampung ada perempuan call bagitau dia skandal suami saya. Rasa macam nak gila pun ada.

Tapi saya simpan sendiri, rasa sedih jer saya masuk dalam bilik air, gigit kain dan saya menangis.
Sampai bersalin, dalam pantang pengasuh anak pertama telefon bagitau suami saya tidak bayar lagi upah mengasuh bulan sebelumnya, sedangkan duit saya dah bagi sebelum balik bersalin.

Balik jer KL, saya bayar pengasuh, Duit rumah dia x bayar, apa lagi kereta. Kebetulan roadtax pun dah sampai tempoh. Sebulan gaji saya habis kat situ. Dia merayu, menangis dan bersumpah tidak buat lagi. Saya maafkan dia, tapi saya fikir, dia ambik mudah hal rumah tangga sebab saya yang handle semua?

Jadi nak ajar untuk dia bertanggungjawab saya berhenti kerja. Dia pun dapat kerja yang lebih baik. Saya pula tidaklah duduk diam semata-mata, ada jer saya buat part time, semua nya membantu dia.
Tapi lelaki tetap lelakikan, hobi mengumpul perempuan tidak pernah dia tinggal. Sampai sekarang sudah 13 orang skandal dia. Sejak awal saya mengandung dia jarang balik rumah, malam je dia hilang dan adakala selepas 3-4 hari baru balik.

Sepasang anak kami rindukan dia. Tapi dia lagsung tidak peduli. Terbaru hari raya kantoi berkasih sayang dengan perempuan lain kat di WeChat.

Saya tengah sarat mengandung anak ke 3, sakit pinggang ker, muntah pening saya dia tidak pernah peduli. Sepanjang alahan saya 6 bulan tidak pernah dia datang gosok belakang saya pun.

Suami pula Whatsapp akan lepaskan saya selepas habis pantang nanti. Sekarang pun dia tidak balik rumah langsung. Nak beli batang dapur pun akak beli kedai runcit, bawa balik, pergi check up sendiri dengan menaiki bas bersama dengan anak kedua saya.

Dia selalu bagitau saya penyebab kenapa dia curang dan bila saya tanya dia cuma jawab saya ni buat hati dia kosong. Kalu ada kekurangan akak kenapa dia tidak bagitahu sahaja, perbaiki kekurangan akak dan kenapa perlu dijadikan alasan tu sebagai alat untuk menghukum akak?
loading...

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments