Kolonel Pertahanan Awam (PA) Negeri, Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat mengenai penggunaan ular dalam latihan yang dilakukan oleh pengurusan APM.
Katanya, APM sudah menjalankan modul latihan untuk membina jati diri murid dan pelajar lebih dari 10 siri sejak tiga tahun lalu namun kejadian pengunaan ular pada program itu adalah pertama kali berlaku.
“Jadi kita musykil mengapa pihak pengurusan berkenaan menggunakan pendekatan itu kerana kita melarang sama sekali anggota bermain ular atau membuat pertunjukan permainan ular.
“APM amat menitik beratkan keselamatan peserta dan sangat berduka cita mengenai kejadian berkenaan walaupun semua peserta berada dalam keadaan sihat serta selamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, antara tujuan program berkenaan dilakukan adalah untuk mengukur tahap kerja, kerjasama dalam kumpulan, pematuhan arahan dan lain-lain seperti yang dipohon.
Dalam rakaman berdurasi 2 minit 50 saat itu kelihatan sekumpulan murid perempuan yang berpakaian sukan lengkap melakukan latihan meredah kolam air berselut yang dicampakkan ular serta dipaksa meredah kawasan itu selain turut di siram air dan disergah supaya memberanikan diri menghadapi ujian yang diberikan itu.
Kelihatan ada diantara mereka yang panik, ketakutan dan menangis.
loading...
No comments:
Write comments